Profile | Classes | Gallery | Articles | Success Stories | Media | Contact  
   
 
Own a copy of the Fitness DVD. Buy it NOW!
 
     
 
 
Classes
 
Program Senaman Abidah Mahmood Tahun 2012 (English | Malay)
 
Ikutilah kelas senaman kelolaan Abidah Mahmood (Pakar Fisiologist Senaman & Pemakanan) dan Pemenang Anugerah Inspirasi Sukan Singapura, dan Duta Gaya Hidup Sihat Singapura.

Bertempat : Tampines Swimming Complex, Vanda Room Dance Studio (Air-Con),Tingkat 2 Tampines Avenue 5. (Bersebelahan dengan Masjid Al-Ghufran dan Tampines Sports Hall)
 
Hari Jenis Senaman Masa Bayaran Untuk Satu Sesi
Sabtu Dance
• Cirque (May 2012)
• Dance-Olympicrobix (June 2012)
• American Bollywood (30 June, 7 & 14 July 2012)
8.00 - 9.00 pagi
• Cirque ($60.00)
• Dance-Olympicrobix ($70.00)
Abs, Bum & Thighs 9.00 - 10.00 pagi $9.00
Body Sculpt 10.00 - 11.00 pagi $9.00
Ahad Stepbandrobix 8.00 - 9.00 pagi $9.00
Flexo Tummy Trim 8.45 - 9.45 pagi $9.00
 
Abs, Bum & Thighs
Senaman kecilkan bahagian perut, punggung dan peha ini dilakarkan khas untuk mengatasi masalah yang selalu dialami oleh kaum hawa. Pergerakan khas ini dapat menegangkan otot dan sekaligus dapat ‘mencairkan’ cellulite yang terkandung di bahagian tersebut. Ia menguatkan otot dan menambahkan kuasa di tissue bahagian tertentu. Ideal untuk mendapatkan tubuh yang menawan dan potongan badan yang diimpikan.

Stepbandrobix
Sangat sesuai untuk yang ingin mengurangkan berat badan. Diiringi dengan alunan musik masakini dan pergerakan yang sungguh menghiburkan, ia dapat menguatkan jantung, pertingkatkan stamina dan metabolisma tubuh dan membakar lemak. Dengan menggunakan getah senam, ia mengentalkan otot di bahagian bahu, lengan dan belakang, untuk hadapi kerja harian dengan lebih berkesan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Flexo Tummy Trim
Untuk menguatkan otot di bahagian pinggang & belakang terutama otot korset yaitu otot asas untuk tubuh dimana segala pergerakan kita tertumpu. Memperbaiki cara pergerakan (posture), koordinasi dan pernafasan yang betul. Ia juga melembutkan seluruh otot dan sendi di tubuh kita. Dengan iringan alunan musik yang lembut dan sesi releksasi, ia juga menolong atasi tekanan (stress) dan melancarkan perjalanan darah.

Body Sculpt
Selain dari menegangkan otot-otot dibahagian atas tubuh dengan pergerakan yang istimewa, ia juga menegangkan otot di bahagian dada, sebelah atas di badan belakang, dan bagi kaum hawa, secara langsung dapat menolong menampilkan tubuh yang kurus tapi padat. Ia dapat juga memperbaiki kecergasan, menguatkan tulang dan sendi, meningkatkan daya ketahanan diri dari penyakit dan menambah keyakinan diri.
 
Nota: Untuk sesiapa yang ada kumpulan sendiri dan ingin melakukan senaman secara peribadi seperti di pejabat, rumah, kilang, dewan, sekolah, masjid dan sebagainya, Dee Dee juga memberi berkhidmat khas untuk bimbingan senaman di tempat anda. Pelbagai jenis senaman boleh di pilih mengikut citarasa tersendiri, diantaranya - body sculpting, kick-boxing, dance-robics, cardio-combo, pilates, aqua-robics, aqua-pilates, cardio-box, stretch-band, tummy-trim, abs-bums & thigh, circuit-training, abs-bum-bust dan thigh personal training, ceramah dan bengkel kesihatan.
 
KELAS SENAMAN INI TERBUKA HANYA UNTUK KAUM WANITA SAHAJA.
UNTUK KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI BEN DI TALIAN 9108 4500.